Insurans, Takaful & Umat Islam

Insurans bukanlah satu topik yang suka diperbincangkan oleh orang Malaysia. Lebih-lebih lagi, buat orang Melayu atau orang Islam yang tidak dapat penjelasan penuh tentang kepentingan insurans. Tentunya sekali, dengan wujudnya persepsi negatif bahawa segelintir pihak insurans didakwa menipu pelanggan mereka, ia menjadi satu hujah untuk memburukkan insurans.

Tetapi, sama ada kita suka ataupun tidak, insurans atau Takaful memainkan peranan penting dalam hidup kita. Bak kata pepatah “Malang Tidak Berbau”. Jadi, bukankah lebih baik kita mengikut satu lagi pepatah “sediakan payung sebelum hujan”?

Sebenarnya, Insurans memainkan peranan penting dalam melindungi setiap pemegang polisi, baik insurans kesihatan atau perlindungan.

Tidak semestinya bila kita muda kita tidak akan sakit atau ditimpa musibah. Dalam kesibukan kita setiap hari, banyak yang boleh terjadi. Tanpa kita sedari, secara tiba-tiba saja kita boleh diserang penyakit kritikal lalu rebah dan lumpuh. Dalam sekelip mata, segala yang kita berusaha keras untuk capai selama ini hilang begitu sahaja. Segala kemewahan kita terpaksa digadai untuk tujuan perubatan.

Tidak mustahil, keadaan boleh menjadi lebih teruk dan kita boleh kehilangan sumber pendapatan. Akhirnya, kita bagai, “sudah jatuh ditimpa tangga” pula. Hidup kita menjadi semakin sempit dah sukar.

Memang mudah untuk kita berkata ianya semua takdir. Tapi, sebagai seorang Muslimin atau Muslimah terutamanya, kita diseru untuk menjalani kehidupan sebagai Muslim yang lebih matang, sentiasa berwaspada dan lebih bersedia menghadapi dan menangani cabaran yang mendatang.

Oleh sebab itu, kita perlu melihat Insurans serta Takaful dari sudut positif walaupun terdapat banyak tawaran perlindungan seolah ianya satu persaingan pada syarikat insurans untuk menawarkan pelan yang terbaik untuk pelanggan. Namun begitu, pilihan masih lagi di tangan kita. Sebagai pelanggan, kita perlu lebih bijak untuk memilih polisi yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen.

Syarikat insurans pula mempunyai tanggungjawab untuk memastikan lebih ramai orang memiliki insurans dan bukan sahaja berusaha untuk mendapatkan keuntungan. Oleh yang demikianlah terdapat ribuan Agen Insurans mahupun Takaful yang mewakili pelbagai Syarikat Insurans dan Takaful.

Peranan agen-agen ini bukan hanya untuk menjual produk insurans atau takaful semata-mata. Lebih dari itu, peranan mereka adalah untuk membantu mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan insurans serta takaful selain dari memastikan para pelanggan mendapatkan perlindungan insurans atau takaful yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan mereka.

Yang terkini, kita dinasihatkan untuk mengambil insurans pada usia yang muda kerana manafaatnya jelas termasuk dari segi pulangan bila polisi matang dan juga komitmen bulanan yang jauh lebih rendah berbanding untuk mereka yang mengambil insurans pada usia yang lanjut.

Tambahan lagi, syarikat insurans sekarang banyak memperkenalkan produk yang menawarkan produk lebih Islamik. Kewujudan insurans takaful dan penambahan syarikat yang menumpukan pada produk sebegini sedikit sebanyak dapat memenuhi permintaan orang Islam untuk produk yang menepati hukum syarak dan dalam masa yang sama membantu melindungi kita.

Masih Ragu-ragu?

Produk takaful Malaysia di pasaran berbeza dari produk insurans konvensional. Perbezaan yang paling ketara adalah kepentingan prosedur seperti akad dan juga pengawasan dari Lembaga Pengawasan Syariah.

Insurans takaful seperti Medical Card Takaful juga dapat menjadi ganti kad kredit yang membantu untuk mengelakkan kita dari berhutang dan secara tidak lansung, mengurangkan risiko untuk kita jatuh muflis.

Selain itu, ia dapat menjadi pengganti SOCSO dan memberi perlindungan jika jatuh sakit dan kemalangan, dimana jua kita berada, bukan hanya pada waktu bekerja. Terdapat juga perlindungan takaful yang memberi anda bantuan pendapatan secara bulanan sebagai ganti pendapatan kita jika berlaku lumpuh kekal dan tidak boleh bekerja.

Sebagai orang Islam juga, penyelesaian hutang amat penting bila berlaku kematian. Insurans takaful boleh menyelamatkan kita dengan menyelesaikan hutang kita, agar roh kita tidak tergantung akibat hutang dan keluarga kita tidak terbeban.

Bukan itu saja, takaful juga menyediakan pampasan untuk keluarga kita yang masih hidup. Kita boleh terus menghibah jumlah wang pampasan untuk suami atau isteri, orang tersayang dan juga anak-anak tanpa melalui proses faraid yang memakan masa yang lama dan merumitkan.

Dalam erti kata lain, insurans takaful terutamanya buat seorang Islam, boleh membantu dalam menenangkan jiwa kita dan juga menjaga kita dalam hayat kita serta melindungi keluarga kita seandainya kita dipanggil pulang ke pangkuanNya.

Oleh yang demikian, tanyakanlah kepada diri sendiri, adakah kita mahu terus untuk hidup tanpa rancangan perlindungan atau kita mahu mencari cara di mana bukan sahaja kita dapat ketenangan jiwa untuk masa depan sendiri, tapi juga buat orang tersayang sekiranya kita dipanggil pergi.

Jadi, kami di GoInsurans ingin membantu anda sebaik mungkin untuk merancang pembelian insurans ada supaya anda mendapat hanya yang terbaik dari insurans atau takaful anda.

Anda boleh menghubungi kami dan mendapat akses ke ajen-ajen kami di laman sesawang melalui “ONLINE CHAT” mengikut keselesaan anda. Lebih lagi, anda boleh berhubung dengan sebanyak mana ajen yang anda mahu dan membandingkan pelan-pelan insurans yang anda inginkan tanpa perlu bersemuka dengan ajen sehinggalah anda bersedia untuk membeli insurans yang anda inginkan.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *