Apakah Yang Akan Anda Tinggalkan Untuk Anak-Anak Sekiranya Anda Sudah Tiada?

Kematian adalah perkara yang tidak dapat diramal oleh mana-mana manusia, walau dengan bantuan teknologi paling canggih sekalipun. Namun, setiap yang hidup pasti mati, dan tiada yang boleh kekal abadi di dunia ini. Tidak mengira agama, bangsa atau warna kulit, anda seharusnya membuat persedian untuk kematian. Secara spiritual dan religi, persedian untuk menghadapi kematian sudah tentu bermaksud mendekatkan diri dengan tuhan dan memperbanyakkan amalan kebaikkan. Namun, pernahkah anda terfikir, apa akan terjadi kepada keluarga yang anda tinggalkan setelah anda meninggal dunia?

Ramai tidak sedar dan mengambil initiatif tentang aspek harta dan pendapatan yang berterusan untuk keluarga setelah mereka meninggal dunia. Tanpa kita sedari, selain mempersiapkan diri dengan amalan kebaikkkan dan keagamaan, persediaan menghadapi kematian juga meliputi meninggalkan sebuah kehidupan yang harmoni dan masa depan yang terjamin buat keluarga, terutama anak-anak.

Stigma bahawa anda harus menjadi kaya untuk mewariskan dan meninggalkan kehidupan yang harmoni dan masa depan yang terjamin untuk keluarga dan anak-anak adalah tidak tepat. Benar, dengan kekayaan dan harta yang banyak, sebuah kehidupan yang lebih sempurna dapat diberikan kepada keluarga semasa anda masih hidup mahupun setelah meninggal dunia.

Namun, jika anda tergolong dalam golongan pertengahan dan memiliki pendapatan yang sederhana, anda masih boleh memberikan yang terbaik buat keluarga, dan semua ini boleh dikecapi dengan pelaburan. Pelaburan yang dimaksudkan bukanlah seperti saham di Bursa Malaysia, namun secara lebih terperinci dan tepat, pelaburan untuk masa depan yang dimaksudkan adalah insurans.

Ya! Dengan insurans, kematian ahli keluarga, terutama pencari nafkah tidak akan menjadi sebuah titik hitam yang boleh mengubah kehidupan sebuah keluarga secara 360 darjah. Insurans akan memastikan kelangsungan hidup dan menjanjikan masa depan yang cerah untuk anak-anak yang kehilangan tempat bergantung.

Lazimnya, insurans nyawa atau hayat adalah perjanjian antara pembeli insurans (anda) dengan syarikat insurans, dimana syarikat insurans akan membayar sejumlah wang kepada penerima manfaat (biasanya pasangan/keluarga/anak), sekiranya anda meninggal dunia. Sebagai balasan, anda hanya perlu membayar sejumplah wang premium (biasanya secara bulanan) kepada syarikat insurans. Bayaran premium adalah berbeza mengkut produk yang ditawarkan dan terdapat produk yang menawarkan premium serendah RM50.00!

Sebagai contoh, AXA Malaysia memperkenalkan AXA eLife Protector+, sebuah produk insurans nyawa yang menawarkan premium yang rendah untuk jaminan perlindungan meliputi kematian, kematian akibat kemalangan dan kehilangan keupayaan kekal. Dengan pilihan jumlah perlindungan serendah RM50, 000.00, anda hanya perlu membayar premium bulanan sebanyak RM4.75. Dan jika sesuatu yang buruk terjadi kepada anda, AXA eLife Protector+ akan membayar penerima manfaat dengan maksimum sehingga 200% dari jumlah perlindungan dan perlindungan kematian untuk orang yang dilindungi adalah sehingga mencapai umur 75 tahun.

Sesetengah produk insurans nyawa juga menawarkan pembayaran sekiranya anda mengalami kecacatan kekal seumur hidup, penyakit kronik seperti kanser serta kehilangan keupayaan untuk berkerja. Adalah penting untuk anda mengkaji produk dan mengetahui maklumat terperinci tentang perkara yang dilindungi serta manfaat yang ditawarkan, agar pelaburan anda berbaloi.

Selain untuk persiapan setelah anda meninggal dunia, perlindungan insurans juga penting sekiranya anda disahkan menghidapi penyakit kronik, kemalangan jalan raya dan memerlukan rawatan perubatan. Kos rawatan perubatan yang semakin meningkat bukanlah sesuatu yang asing dan bil untuk mendapatkan rawatan di klinik bagi penyakit seperti demam boleh mencapai ratusan ringgit.  Boleh anda bayangkan jumlah bil hospital sekiranya anda perlu menjalani rawatan dan pembedahan?

Insurans perubatan adalah antara pilihan dan alternatif perlindungan sekiranya sesuatu berlaku kepada anda dan keluarga. Berbeza dengan perlindungan insurans nyawa, produk perubatan membolehkan anda mendapatkan rawatan di klinik dan hospital panel berdaftar dengan syarikat insurans serta manfaat lain seperti menanggung kos hospital dan pembedahan, kos ubat-ubatan dan terapi.

Untuk membolehkan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira status dan taraf pendapatan menerima rawatan perubatan yang terbaik, AXA Malaysia melalui produk eMedic memberikan perlindungan perubatan dengan had tahunan sehingga RM100, 000.00. Tambah menarik, dengan hanya bayaran premium serendah RM37.00 sebulan, eMedic menawarkan manfaat termasuk kos bilik hospital, konsultasi dan diagnosis penyakit, pembedahan dan rawatan terapi. Terdapat potongan 5% untuk bayaran tahunan dan perlindungan insurans boleh diperbaharui sehingga orang yang dilindungi mencapai umur 80 tahun.

Justeru, dengan perlindungan insurans, anda mampu memberikan kehidupan yang lebih baik, melindungi diri dan keluarga serta mewariskan harta yang boleh dimanfaatkan oleh seisi keluarga juga jaminan masa depan anak-anak. Walaupun dengan pendapatan yang biasa dan sederhana, anda tetap boleh memastikan keluarga anda mendapat kehidupan yang harmoni dan bebas dari segala kerisauan.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *